Monday, February 9, 2009

kenangan mengusik jiwa..

Pergh! Lepas tengok Blog Shanim terus aku teringat mase makan Ikan Bakar kat Umbai… pergh! sedap gile kalu tak cerita tak kena marah pon ngan cine.. duit aku apa hal lak nak marah kat aku… aku gi satu fimily ngan mak dan adik beradik aku walaupun tak semua… semuanya takde dalam plan nak gi makan ikan bakar pon tetiba jer pasal masa nak ambik adik sorang ni balik kerja dah dekat kul 10 malam pastu ingat nak melaram kat Bandar Melaka, sambil carik lah apa2 yang sedap di makan…

Tetiba jer teringat Ikan Bakar kat Umbai.. so apa lagi seranggggg….. nak ikutkan tetime nie dah abis dah ikan dan diaorang dah angkat kerusi atas meja, tapi alhamdulilah lah ada satu tokey kedai tu nampak yang aku datang satu fimily pastu siap offer kat aku.. dia carik kan apa2 untuk aku satu fimily dapat makan... so apa lagi mintak sajalah … kalau tak salah aku ikan siakap saja 5 ekor semua bakar, udang besar 3 kilo buat goreng butter salut kacang walnut, ketam 3 kilo buat masak sambal belada, otak-otak tah berapa banyak ngan nasik lemak berbungkus2 kita orang kebas… perghhh.. puas betul mase tu … soal bayaran pun tak semahal yang aku budget.. seingat aku tak sampai RM180 untuk 10 dewasa makan… orit lah tuuu…

Nie antara gambar-gambar yang nyum.. nyum.. nyum…


gambo abang-abang belah kiri - kurang sopan, gambo adik2 yang sopan



....gambar tengah syok sangat…



........pergh!.. kebulur pulak rasenye.....


Nie adik aku yang suke menyakat dan Amaran - Merokok Merbahayakan Kesihatan..


isk! dah lah....

Sunday, February 8, 2009

Aku Bangsa Melayu!

Demonstrasi Jalanan” sedap atau tak aku tak tau.. yang aku tau ini bukan budaya Orang Melayu.. apa dah jadi dengan sikap tolak ansur dalam diri Orang Melayu… apakah dah tidak ada lagi ucapan “Mengalah bukan bererti kalah”… apakah sudah lenyap perasaan hormat menghormati antara Orang Melayu… sudah lupakah bahawa satu ketika dahulu setiap Raja Melayu itu adalah pemerintah untuk orang Melayu sama ada dalam keadaan senang atau susah… Bangsa lain.. diaorang takde Raja.. diaorang tak kisah sebab yang jadi Raja tu bukan dari bangsa mereka… pedulik apa dengan Orang Melayu…


Aku rasa malu dengan budaya baru orang Melayu sekarang nie… bertapa “murahnya” MARUAH ORANG MELAYU boleh dilelong ditepi jalan… dengan semangat berkobar2 kat tepi jalan cuba menunjukan perasaan tidak puas hati, merasakan apa yang dah terjadi sepatutnya tak terjadi… menolak sekeras kerasnya takdir… apa niee dah gila ke?.. Orang Melayu beria-ria berarak, berkumpul tepi jalan, kena tangkap, tido lokap tinggal anak bini yang tak tau apa dah jadi kat laki, sepanjang hari bercerita bertapa ghairahnya melawan takdir… betul2 Orang Melayu dah GILA!!!… mana Maruah Orang Melayu… Ketahuilah bahawa bertapa gembiranya bangsa lain kerana dapat menkuda-kuda Bangsa Orang Melayu…


BANGSA MELAYU lupa bahawa mereka sekarang dijadikan kambing tak kira apa warna, dan dikertawakan oleh bangsa lain.. mereka berkumpul beramai2 cuba melahirkan perasaan tidak puas hati… tapi tidak ada bangsa lain yang ikut serta?… ada tak ketua mereka yang mengetuai mereka?… ada tak yang akan membela mereka sekiranya dibawa kemakhmah atau untuk dijamin keluar lokap?… jawapannya “TIDAK ADA” dan JANGANLAH HARAP!!!… anak binilah susah kesana sini berhutang sebab nak keluarkan laki yang bergelar bapak yang sepatutnya mengajar anak beradap dan bertanggung jawab.


MASJID… satu tempat dimana dimuliakan ALLAH sebagai tempat beribadat dan tempat untuk memuji2Nya telah bertukar kepada Garisan Permulaan untuk memulakan gerakan dan tempat berlindung sekiranya keinginan berdemostrasi terhalang… Maha Suci Allah Tuhan Yang Maha Besar… satu bangsa yang telah lupa diri dan dah tak tau malu - Orang Melayu, menggunakan kemudahaan ini untuk beribadat dan mengotorinya semula dengan ego Orang Melayu sendiri… aku tak paham!!!


Pasal apa tak mulakan pertunjukkan ini dengan diketuai oleh kepala2 mereka di Kuil2 Hindu atau di Tokong2 Cina atau di taman permainan kanak2…. Kenapa di Masjid???... Bodohnya Orang Melayu sekarang!!! Makin bodoh bila dalam 10 orang yang kena tangkap takde sorang pon bangsa lain.. takde sorang pon kepala ketua mereka yang menggalakan pertunjukan ini kena tangkap sekali… maka hidup2lah Orang Melayu kena BODOH… betul2 dalam rangcangan “Lu Kena Beb!!!!”....


Pada aku cukuplah apa yang dah jadi kat negeri Perak tu.. jadikanlah sempadan penamat dan lepas nie banyak pemimpin Melayu akan bukak mata lepas apa yang dah jadi … cuba bawa bersabar kerana setiap satu ujian yang dapat diatasi dengan sabar aku percaya Allah akan mengantikannya dengan 10 kali kegembiraan insyallah…. Cuma aku rase tak beberapa suka ngan satu budaya baru nie yang dah menular dan akan menjadi trend pada bangsa Melayu masa akan datang… mintak jauhlah anak2 aku... semoga mereka menjadi Pejuang yang berani kerana benar...