Tuesday, May 30, 2017

Ceritera Zaman Posa Kanak-kanak : Part 1


..salam ramadhan..

Hari kita menjalani ibadah berpuasa untuk hari ke-4, kenangan ketika berpuasa zaman kanak-kanak gua memang penuh perit maung, jalan berliku-liku eerk pose bukak peti ais pon ada.. hehehe nie gua share.. 😅✌️

Puasa zaman gua dulu-dulu bukan zaman pose yang-yang yok.. tak main laa bukak-bukak periok nie.. masa zaman kanak-kanak laa.. yang selalu terjadi adalah puasa yang-yang bukak peti sejokkk hehehe..😝

Kisah nie terjadi pada diri sendiri lar, tapi masa tu usia baru 7-8 tahun, derjah 2 laa lebih kurang... Zaman tu sekolah rendah gi tengah hari balik petang.. jalan kaki jaa.. Jarak sekolah dengan rumah lebih kurang 1km ( pengiraan mengikut faktor saiz dan usia time tuu laa ) ..jauhhhhh ooooit.. dah lar klu nak ke sekolah jalan dia cam kena mendaki takde jalan landai-landai nie..

So masa bulan pose nie lah yg paling mencabar..pergi sekolah tengah hari, tengah panas haus plak tuuu.. Kumur-kumur mulut dgn air paip dah banyak kali dah.. yang beberapa kali tertelan dah tak terkira dah.. hehehe alih-alih ada satu haritu balik sekolah petang tuu.. adik gua sound "..along dalam peti ais tuu mak ada simpan kan ais-cream conetto.." Perghhh naik juling bijik mata dengar habuan berbuka puasa nanti sbb berpuasa hari nie.. Semangat!!

Tapi hati masa nie dah tak tenteram, resah, gelisah, tertanya3 ais cream jenis aper, colelat ker vanilla ker stwoberry.. "ermm kena check nie.." bisik ati gua.. Bila bukak peti ais ..tuuu diaaa ais cream vanilla cokelat.. Gembira nya bukan kepalang hari nie menyanyi2 sambil mengayuh basikal, belum sempat berganti uniform sekolah.. hilang segala kehausan segala penat lelah berjalan kaki pergi balik sekolah.. terasa nyaman sekali bila ianya melalui tekak yang kehausan nie.. Erkkk jap...!!!
"...along!!..kao tak puase eeeehhh.. aku cakap kat emak.." Hah!!!.. bila masa aku makan nie... dah tinggal sarung dia jer huhuhuhu... hemm sudah nya org lain berbuka pose aku sorang2 kena tunggu diaorg abis makan bru aku dapat makan.. Lapaq ooooiit ape ingat ais cream tuu bole kenyang ker..ngerrr!! ..sumpah nyesal!!..😅✌🏼

#ramadhanzamankanakkanak
#terimakasihmak
#ceritatakpose
#cucuatukabah

p/s: sori takmo google gambo ais creem tuu takut terjadik balik.. hangpa nak carik sendiri kat google hehehe

Sunday, July 11, 2010

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Salam,

satu article untuk kita semua menghayati dan renung2kan lar..

- arghzernol -


PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". ( mari kita sama2 mengamalkannya yek... ) Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).


note :
salah satu article yg di copy bertujuan untuk simpanan, dikongsi dan untuk ingat mengingati...
Dulu2 arwah Atuk selalu bercerita tentang Israk & Mikraj masa aku kecik2..selalunye dia akan bercerita waktu aku dah bergolek masa nak tido ... dan selalu berpesan agar aku sentiasa mentaati perintah dan suruhaNya... insyallah ... Al-Fatiha untuk arwah atuk yg dah lama pergi menyahut seruanNya...




Saturday, October 10, 2009

10.10.2009

10.10.2009 this year & 10.10.2010 next year




Tah berapa lama dah update blog nie... anyway today is a special day for me!...
10.10.2009 and next year 10.10.2010 it will become 10.10.10 atau 101010 gempak kan...

Yang memyebabkan ianya lagi gempak ... terhebat ... jarang - jarang berlaku ... tah bila - bila lagi akan berlaku... hanya pada orang - orang special yang menyambut Hari Lahir pada hari ini ...
Sso next year lagi gempak lah... 101010 - silap-silap sambutan untuk satu dunia... manalah tau ada perhimpunan untuk sesapa yg besday dia jatuh pada 10.10 - ( 10hb October )..
Oleh itu saya dan anak-anak saya ingin menucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR kepada ibu anak - anak saya iaitu ISTERI saya yang amat dicintai... ewah!.. seram pulak rasenya..hehehehe...
Today her birthday, and I want to announce to the world to be prepared start today to celebrate the most waitting day 101010 next year...







and my dear Sayang! Hapi Besday to U... wish U to be Isteri yg penyayang dan yg soleha... amin

from your husben & anak-anak...
date today : 10.10.2009

Sunday, May 17, 2009

Manchester United Champion 2009

Yup.... nothing to say.... We're the Champions.... We're the Champions.... We're the Champions....
You're the looser....
We're the Champions.... of the world...
hehehehe....


for the Reds.... You can walk alone.....
for The Blues... yes... you can follow The Reds coz you always The Blurs....

We're had noting to say... just see us in next 2010 as a Champions agains....
Huah.. Huah.. Huah.. Huah...


... man on number 11 - Giggs ... for his 11 time Champions Premier League title with ManUtd...




Glory... glory Man United.... Glory.. glory Man United....





....and our next mission.....to be Champions in Champions League 2009 agains...

.....sseeee yyyaaa......

Wednesday, May 13, 2009

Pi PD - Trip Lepas Gian!

Sori dah lame tak update blog, bukan ape "selera tengah takde", tapi kini kembali...
So Sabtu yd dah lepas, sebelum hari Ahad, Gua, Azmie ngan Zainal gi melepaskan gian memancing kat PD, portnye penuh berliku, bertanah merah, berlopak lecak dan menyakitkan hati lah jugak... tapi gian punya pasal redah jugak, sejak balik dari mencandat sotong kat Kuala Besut sampai lar nie tak kemane2... so trip nie sekadar melepaskan gian jer lar ngan nak gak try gewang baru si Azmie... eh! lupa pulak, tempatnya kat sebelah PD World Marina... ( tak world mane pon..)
Petang sabtu baru gerak dari KL, sampai dah lewat petang, siap gi pasar malam kat PD lagi... sampai tengok dah banyak berubah tempat nie... peminat2 pon dah ramai yg bertenggek kat port nie, ok lah jugak ramai sikit kawan nanti... tapi bila dah malam tinggal kitaorang berempat ajer... aik! berempat... Aku, Azmie ngan Zainal... sape sorang lagi.... jengg.. jengg.. jengg...
Gua siap pasang kemah, Azmie ngan Zainal kena gi carik kayu api... isk! macam cerita Labu Labi pulak... nak carik kayu api... nak carik kau sambung sendiri lar...
Lepas siap jer kitaorang terus pasang umpan memasing, pastu beborak sambil mata jeling-jeling manja kat joran... malam tu dah lepas makan ada lah 2..3 sms nakal yang masuk antaranya "tak takut ker bang! nanti ada yang datang tanya ada nampak kepala dia tak..." Gua ngan selamba jawab balik.."dah datang tadi... aku dah suruh dia gi nyelam, tapi dah dekat 2 jam dah dia nyelam tak timbul-timbul..." hehehe...

Nie diantara gambo-gambo yang sempat dirakamkan untuk kaorang tengok...

Sebenarnya tempat nie dah 4-5-6 kali jugak kitaorang dah datang tapi hasilnya tidak seindah yang diharapkan, kali pertama jer dulu, sampai tempat nie dalam tahun 2005, hasilnya setelah seharian berjemuran dek panas - dapat seekor ikan Talang yang beratnya 7.7kg... Pergh! puas gila mase tu... Gambonye kat bawah...


Nie ler pemancing handalan yang gua tengah "berguru"...


Lepas tu adalah 3-4-5 kali datang tapi datang saje-saje nak berjemur tengah panas.... ikannye takde jugak... termasuk lah trip nie... maap ikan bukan langsung takde, ada yang dapat.... tapi bukan ikan yang kami harapkan, so untuk meneruskan populasi ikan2 kat sini kami mengamalkan tangkap & lepas... agak2 ikan yg tak glamor kitaorang lepaskan semula atau pon kitaorang lepaskan semula bersama mata kail kat tengah badan dia...



...diantara ikan2 yang kurang glamor nye... nasiblah kau Todak... "sape suruh main2 depan Tok Guru aku nie... jadi umpanlah kao...hehehe..."

So.. cukuplah dulu nanti lelain kali yg tah bila2 pulak aku nak menaip lagi.... adios...

Monday, February 9, 2009

kenangan mengusik jiwa..

Pergh! Lepas tengok Blog Shanim terus aku teringat mase makan Ikan Bakar kat Umbai… pergh! sedap gile kalu tak cerita tak kena marah pon ngan cine.. duit aku apa hal lak nak marah kat aku… aku gi satu fimily ngan mak dan adik beradik aku walaupun tak semua… semuanya takde dalam plan nak gi makan ikan bakar pon tetiba jer pasal masa nak ambik adik sorang ni balik kerja dah dekat kul 10 malam pastu ingat nak melaram kat Bandar Melaka, sambil carik lah apa2 yang sedap di makan…

Tetiba jer teringat Ikan Bakar kat Umbai.. so apa lagi seranggggg….. nak ikutkan tetime nie dah abis dah ikan dan diaorang dah angkat kerusi atas meja, tapi alhamdulilah lah ada satu tokey kedai tu nampak yang aku datang satu fimily pastu siap offer kat aku.. dia carik kan apa2 untuk aku satu fimily dapat makan... so apa lagi mintak sajalah … kalau tak salah aku ikan siakap saja 5 ekor semua bakar, udang besar 3 kilo buat goreng butter salut kacang walnut, ketam 3 kilo buat masak sambal belada, otak-otak tah berapa banyak ngan nasik lemak berbungkus2 kita orang kebas… perghhh.. puas betul mase tu … soal bayaran pun tak semahal yang aku budget.. seingat aku tak sampai RM180 untuk 10 dewasa makan… orit lah tuuu…

Nie antara gambar-gambar yang nyum.. nyum.. nyum…


gambo abang-abang belah kiri - kurang sopan, gambo adik2 yang sopan



....gambar tengah syok sangat…



........pergh!.. kebulur pulak rasenye.....


Nie adik aku yang suke menyakat dan Amaran - Merokok Merbahayakan Kesihatan..


isk! dah lah....

Sunday, February 8, 2009

Aku Bangsa Melayu!

Demonstrasi Jalanan” sedap atau tak aku tak tau.. yang aku tau ini bukan budaya Orang Melayu.. apa dah jadi dengan sikap tolak ansur dalam diri Orang Melayu… apakah dah tidak ada lagi ucapan “Mengalah bukan bererti kalah”… apakah sudah lenyap perasaan hormat menghormati antara Orang Melayu… sudah lupakah bahawa satu ketika dahulu setiap Raja Melayu itu adalah pemerintah untuk orang Melayu sama ada dalam keadaan senang atau susah… Bangsa lain.. diaorang takde Raja.. diaorang tak kisah sebab yang jadi Raja tu bukan dari bangsa mereka… pedulik apa dengan Orang Melayu…


Aku rasa malu dengan budaya baru orang Melayu sekarang nie… bertapa “murahnya” MARUAH ORANG MELAYU boleh dilelong ditepi jalan… dengan semangat berkobar2 kat tepi jalan cuba menunjukan perasaan tidak puas hati, merasakan apa yang dah terjadi sepatutnya tak terjadi… menolak sekeras kerasnya takdir… apa niee dah gila ke?.. Orang Melayu beria-ria berarak, berkumpul tepi jalan, kena tangkap, tido lokap tinggal anak bini yang tak tau apa dah jadi kat laki, sepanjang hari bercerita bertapa ghairahnya melawan takdir… betul2 Orang Melayu dah GILA!!!… mana Maruah Orang Melayu… Ketahuilah bahawa bertapa gembiranya bangsa lain kerana dapat menkuda-kuda Bangsa Orang Melayu…


BANGSA MELAYU lupa bahawa mereka sekarang dijadikan kambing tak kira apa warna, dan dikertawakan oleh bangsa lain.. mereka berkumpul beramai2 cuba melahirkan perasaan tidak puas hati… tapi tidak ada bangsa lain yang ikut serta?… ada tak ketua mereka yang mengetuai mereka?… ada tak yang akan membela mereka sekiranya dibawa kemakhmah atau untuk dijamin keluar lokap?… jawapannya “TIDAK ADA” dan JANGANLAH HARAP!!!… anak binilah susah kesana sini berhutang sebab nak keluarkan laki yang bergelar bapak yang sepatutnya mengajar anak beradap dan bertanggung jawab.


MASJID… satu tempat dimana dimuliakan ALLAH sebagai tempat beribadat dan tempat untuk memuji2Nya telah bertukar kepada Garisan Permulaan untuk memulakan gerakan dan tempat berlindung sekiranya keinginan berdemostrasi terhalang… Maha Suci Allah Tuhan Yang Maha Besar… satu bangsa yang telah lupa diri dan dah tak tau malu - Orang Melayu, menggunakan kemudahaan ini untuk beribadat dan mengotorinya semula dengan ego Orang Melayu sendiri… aku tak paham!!!


Pasal apa tak mulakan pertunjukkan ini dengan diketuai oleh kepala2 mereka di Kuil2 Hindu atau di Tokong2 Cina atau di taman permainan kanak2…. Kenapa di Masjid???... Bodohnya Orang Melayu sekarang!!! Makin bodoh bila dalam 10 orang yang kena tangkap takde sorang pon bangsa lain.. takde sorang pon kepala ketua mereka yang menggalakan pertunjukan ini kena tangkap sekali… maka hidup2lah Orang Melayu kena BODOH… betul2 dalam rangcangan “Lu Kena Beb!!!!”....


Pada aku cukuplah apa yang dah jadi kat negeri Perak tu.. jadikanlah sempadan penamat dan lepas nie banyak pemimpin Melayu akan bukak mata lepas apa yang dah jadi … cuba bawa bersabar kerana setiap satu ujian yang dapat diatasi dengan sabar aku percaya Allah akan mengantikannya dengan 10 kali kegembiraan insyallah…. Cuma aku rase tak beberapa suka ngan satu budaya baru nie yang dah menular dan akan menjadi trend pada bangsa Melayu masa akan datang… mintak jauhlah anak2 aku... semoga mereka menjadi Pejuang yang berani kerana benar...

Friday, January 16, 2009

Kisah 3 Pemuda..

Satu petang lelepas kerja.. 3 pemuda lagi bergaya sampai di meja makan di sebuah kedai makan... ( lar takan meja makan kat kedai besikal pulak....) sambil memerhatikan sekeliling salah seorang berkata...

Pemuda A : Kau kata nak makan roti chanaiii sangat... apa lagi oder lah...

Pemuda Y : Nie aku nak oder lah... Baaaiiii mari sini...kira kira...

Pemuda H - menyengeh jer... seolah2 bibir ikan sakit gigi...

......

kemudian datang seorang pelayan lelaki sambil membawa buku pesanan
Pelayan Kedai : Ok bang mau oder apa...

Pemuda Y : Nasi lemak ada kaaa...

Pemuda A : Kao nie tadi kata nak makan roti sangattt ... nie yg jadi panas niee...

Pemuda H : menyengeh ..... ( menyengeh lagi... )

Pemuda Y : Ok.. Ok... roti banjir 2 ....

Pelayan Kedai : Roti habis lah bang...

Pemuda Y : ... alamak apa ada lagi ... Nasi goreng kampung ada...

Pelayan Kedai : Nasi goreng kampung ... ada.. ada.. menganguk2 sambil menulis...

Pemuda Y : Ok Nasi goreng kampung 1...

.....

Pemuda H: Oooo... Kau oder nasi goreng yea... Kat sini ada jual Mee Kari tak??...

( pertanyaan dengan nada serius )

Pelayan Kedai : ada.. ada.. sambil menulis mee kari satu...

Pemuda H : Ok... bagi saya... satuuuu...

Pelayan Kedai terus menyampuk dan menganguk-anguk "ok mee kari satu...."

Pemuda H: Betulll.... Nasi Goreng Kampung satu lagi....

.... pesanan makanan dengan muka tanpa perasaan....

diiiikuti deraiiiiaaannn gelak tawa yang gamat yang mengalahkan orang kampung segamat .....

Pelayan Kedai : abang pulak mau makan apa...

Pemuda A : Oklah ... diaorang oder Nasi goreng saya pun mau...

Pelayan Kedai : Ok!... Nasi goreng kampung 1 lagi

Pemuda A : .....Mihun Goreng...

Sekali lagi Kedai Makan tu gamat dengan deraiiiaaann gelak dari 3 pemuda kesawanannn.... Pelayan kedai pergi bersama pesanan....

Saturday, December 27, 2008

Pergh!!...minggu terakhir... aku terasing!!..



Pergh!!.. minggu terakhir... aku terasing... macam tak best jer bunyik nye... macam biasa akhir tahun pada setiap tahun ...macam tetahun yang dah lepas... semua orang hepi macam Pak Maun' ... kena lar pulak tetime nie cuti free berganti-ganti... apa lagi...gunalah cuti sepuas hati... joli-joli cuti yang ada lagi... yang takde cuti lagi macam biasa mc-mc lah kalau boleh lagi... macam Pak Maun' dapatlah pulak gi Malam Pesta Muda Mudi.... yaaahhhooooo!!!!..... aku... emm... aku... sangaplah sesorang kat opis... dari opis sampailah kat gumah... mengadap kerja sampai kul 4 - 5 pagi... mengadap kerja yg tak sesudah... untunglah sesapa yang nama Pak Maun'... Pergh!!... pergh!! lagi... emm.. abis jer cerita tahun baru .... masuk bulan baru... mengadap lagi "orang baru" yang nak tau ape-ape yang "baru-baru"... kena pulak yang dalam "sarang" tuuu semua nye baruuuu.... pppeerrrggghhh!!!!....haruuu....

Wednesday, December 10, 2008

eh! report... report... report lagi



Tah! ape dah jadi nagn aku nie.. biol ke? lum lagi... sewel! isk jauh sekali tidak.. tahapeapetah aku dah jadi... yang aku tau .... sekarang nie report lum siiiiaaaappp laaagggiiii...